Penyakit
tangan,kaki dan mulut adalah penyakit yang biasa berlaku dikalangan bayi dan
kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan
dan telapak kaki.
Ia adalah disebabkan oleh virus enterovirus dan virus yang biasa menyerang adalah coxsackievirus A16. Tanda-tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:-
Ia adalah disebabkan oleh virus enterovirus dan virus yang biasa menyerang adalah coxsackievirus A16. Tanda-tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:-
•
Demam yang ringan
•
Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
•
Sakit tekak
•
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat
di dalam mulut.
Tanda Lepuhan
Biasanya
lepuhan terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam pada kulit
mulah keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi
tidak gatal di tapak tangan dan ditapak kaki serta juga di punggung.
Lepuhan di
mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari.
Manakala lepuhan di
tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari. Kebanyakan berjangkit kepada
kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.
Penyakit ini mudah berjangkit dan dari satu individu ke individu yang
lain. Caranya adalah melalui sentuhan
secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan
cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ia
bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh
merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.. =DR.SITI MARIAM BT YUSOF.
No comments:
Post a Comment