Sunday, April 8, 2012

Sudu Emas.. Mungkinkah Harta Qarun???

Sudu yang diperbuat 100% daripada Emas
salam kepada teman2 ku.. bisa lihatkan gambar apa ini.. untuk pengetahuan semua sobat.. ini sudu 100% di perbuat dari emas.. ceritanya begini.. 

Sobat telah mengikuti satu jemputan ke rumah Pak Lura (bukan nama sebenar).. 


setibanya di rumah Pak Lura,, kami sudah siap di hidangkan dengan barang-barangan yang sanggat antik,, contohnya seperti gambar disebelah ini.. 


Sebenarnya banyak lagi barangnya.. tapi cukup yang ini saja jadi paparan.. 

Kami memang terkejut sangat2 sebab benda nih sangat antik untuk di perlihatkan kepada kami apatah lagi yang berupa emas.. dari mana saja khazana2 ini..

untuk pengetahuan sobat semua, pak lura dan keluarganya bukan lah orang yang senang.. anak ramai.. ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.. 


sobat yang berada disana ketika itu pun merasa sangat kasihan melihat keadaan pak lura ini.. 


jadi Siapa saja tidak terkejut melihat barangan seperti itu berada di rumah usang pak lura ini,ermm.. sobat juga jadi heran..


:mungkin saja ini ganjaran bagi orang2 yang sabar:




Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 08.042012
Pinky.barney@yahoo.com

Tuesday, April 3, 2012

Bicara Sobat ke Sobat

Ada pun kekurangan itu bukanlah sesuatu yang hina,, disebalik kekurangan itu pasti ada tersembunyi hikmahnya. 
Manusia.. bila mahu sesuatu itu barulah terasa ia perlu. tapi bila tidak, di biarin aja.. rasanya semua ini harus sobat sedari.. kenapa masih ada manusia yang sanggup melakukan apa aja untuk kepentingan sendiri.. tidakkah pernah terfikir akan perasaan sesama manusia. Sobat bukanlah seorang yang gemar menulis.. tapi buat masa ini Sobat perlukan sesuatu untuk berbicara.. blog baru ini akan jadi sobat baru buat ku.. hari ini sobat teringat akan kejadian tiga bulan yang lepas. Ia adalah hari yang sanggat sukar dalam hidup sobat.. ibarat tiada lagi jalan harus sobat lalui.. mujur iman di dada sobat masih punya biar dikit.. setiap saat, setiap detikk, sobat berdoa.. mohon perlindungan-Nya.. mohon petunjuk-Nya.. Alhamdullilah.. saat ini sobat masih bisa tersenyum.. walaupun perjalanan hidup sobat ini  tak seindah yang sobat impikan. Syukur sobat masih bisa ketawa bersama insan-insan yang sobat sayangi.. wahai sobat ku di luar sana.. apa pun yang melanda diri mu.. jangan coba lakukan sesuatu yang bisa menyakitkan diri mu mahupun sesama manusia.. percayalah.. ada tersirat keindahan sebaliknya.. semoga pengalaman sobat ini bisa jadikan iktibar kepada sobat di luar sana.

Monday, April 2, 2012

Matahari ku..

Sebenarnya aq bukanlah seorang photographer yang  PRO.. hanya kerna minat itu aku sediakan pic ini untuk tatapan bersama.. 
Tengoklah Matahari itu..indah bukan ,, tapi terkadang ramai antara kita yang merunggut kerna panasnya,walhal ia adalah sesuatu yang sanggat indah,, lihatlah keindahannya.. pernahkah  berfikir akan kebesaran-Nya.. 


Tiap garisan-garisan halusnya,,tiap bait coraknya sangat memukau mata,..  


Saturday, March 31, 2012

WANITA SERING BOSAN CEPAT GEMUK??



Tahukah anda apa penyebab wanita untuk cenderung makan berlebihan dan mengalami penambahan berat badan secara signifikan hanya dalam waktu beberapa minggu?? 
Ternyata ia disebabkan oleh masalah kebosanan.

Kesimpulan tersebut didapati daripada kajian yang dilakukan terhadap 5,000 orang dewasa. Melalui kajian itu,satu per empat makanan yang dimakan setiap hari oleh golongan ini ternyata bukan disebabkan oleh rasa lapar..

Biasanya bila bosan, wanita akan mengelami kelebihan kalori 520 dan lelaki pula sebanyak 650 kalori. Meski lelaki lebih banyak kelebihan kalori,  para penyelidik menyatakan wanita cenderung lebih rentan mengalami hal ini berbanding lelaki, terutamanya bila sedang kesal atau sedih.

"Mengawal apa yang anda  makan sememangnya bukanlah mudah. Untuk itu, ada baiknya anda terlebih dahulu mengetahui apakah keinginan untuk makan itu, sama ada benar-benar  di dasari rasa lapar ataupun berdasarkan emosi anda.   
Awas sekiranya anda makan disebabkan emosi, kerana ia  boleh menyebabkan anda kegemukkan,"

(pakar gizi , Mary Strugar)

TANGAN, KAKI DAN MULUT ANAK MELEPUH?? APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALAH PENYAKIT INI? APAKAH RAWATAN DAN CARA UNTUK MENCEGAHNYA??



Penyakit tangan,kaki dan mulut adalah penyakit yang biasa berlaku dikalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan telapak kaki.
Ia adalah disebabkan oleh virus enterovirus  dan virus yang biasa menyerang adalah coxsackievirus A16. Tanda-tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:-
        Demam yang ringan
        Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
        Sakit tekak
        Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut.
Tanda Lepuhan

Biasanya lepuhan terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam pada kulit mulah keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan ditapak kaki serta juga di punggung.
Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. 

Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari. Kebanyakan berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.  Penyakit ini mudah berjangkit dan dari satu individu ke individu yang lain.  Caranya adalah melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ia bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.. =DR.SITI MARIAM BT YUSOF.