Saturday, March 31, 2012

WANITA SERING BOSAN CEPAT GEMUK??



Tahukah anda apa penyebab wanita untuk cenderung makan berlebihan dan mengalami penambahan berat badan secara signifikan hanya dalam waktu beberapa minggu?? 
Ternyata ia disebabkan oleh masalah kebosanan.

Kesimpulan tersebut didapati daripada kajian yang dilakukan terhadap 5,000 orang dewasa. Melalui kajian itu,satu per empat makanan yang dimakan setiap hari oleh golongan ini ternyata bukan disebabkan oleh rasa lapar..

Biasanya bila bosan, wanita akan mengelami kelebihan kalori 520 dan lelaki pula sebanyak 650 kalori. Meski lelaki lebih banyak kelebihan kalori,  para penyelidik menyatakan wanita cenderung lebih rentan mengalami hal ini berbanding lelaki, terutamanya bila sedang kesal atau sedih.

"Mengawal apa yang anda  makan sememangnya bukanlah mudah. Untuk itu, ada baiknya anda terlebih dahulu mengetahui apakah keinginan untuk makan itu, sama ada benar-benar  di dasari rasa lapar ataupun berdasarkan emosi anda.   
Awas sekiranya anda makan disebabkan emosi, kerana ia  boleh menyebabkan anda kegemukkan,"

(pakar gizi , Mary Strugar)

TANGAN, KAKI DAN MULUT ANAK MELEPUH?? APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALAH PENYAKIT INI? APAKAH RAWATAN DAN CARA UNTUK MENCEGAHNYA??



Penyakit tangan,kaki dan mulut adalah penyakit yang biasa berlaku dikalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan telapak kaki.
Ia adalah disebabkan oleh virus enterovirus  dan virus yang biasa menyerang adalah coxsackievirus A16. Tanda-tanda dan gejalanya adalah seperti berikut:-
        Demam yang ringan
        Rasa tidak sihat (letih dan lesu)
        Sakit tekak
        Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang menyakitkan mula terdapat di dalam mulut.
Tanda Lepuhan

Biasanya lepuhan terdapat di atas lidah, gusi dan di sebelah dalam pipi. Ruam pada kulit mulah keluar di satu dua tempat dengan timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan ditapak kaki serta juga di punggung.
Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam masa 5-7 hari. 

Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10 hari. Kebanyakan berjangkit kepada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah.  Penyakit ini mudah berjangkit dan dari satu individu ke individu yang lain.  Caranya adalah melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti. Ia bukan sahaja mudah merebak terutama di awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.. =DR.SITI MARIAM BT YUSOF.

Thursday, March 29, 2012

Gold Butterfly 

Red Flower

Romantic at Paris

beauty

Aku hanyalah seorang pengembara di bumi Allah..
Tiada apa yang menjadi milikku melainkan segalanya hanyalah pinjaman dariMU..


DariMU aku datang .. kepadaMU jua aku akan kembali..
sesungguhnya aku inginkan keredhaan dariMU dalam setiap apa jua yang aku lakukan & setiap apa yang bakal aku tempuhi,,
Hanya padaMU aku berserah..


Moga akan diberikan ketabahan & kekuatan iman serta sentiasa di dalam pimpinanMU dalam menenpuh liku-liku kehidupan di dunia yang fana & yang penuh onak ini sebelum menuju ke alam abadi...